dah lama rasa nyer tak update blog nih.. busy tu tak la busy sgt tp busy buat2 busy, haha! :P aku skrg dah masuk degree life.. different sgt dgn time diploma dulu.. rasa macam nak stay jek dalam time diploma dulu, ada PA yg understanding & selalu ada time aku ada problem, kawan2 yg selalu buat aku ketawa, haih~ (mengeluh pulak aku nih) cakap pasal kawan, aku rindu sgt kat dorang, especially fiqa fit, zety, ika myvi, yana & yani.. dorang nih kawan pertama aku time diploma dulu.. tiba-tiba kenangan silih berganti dalam pikiran aku sekarang nih, kenangan dgn mereka-mereka yg sgt happening, hehe.. :)) main bunga api, puasa sama-sama, celebrate burfday, main-main air dalam toilet, mandi sama-sama, macam-macam la lagi.. kawan-kawan aku yg lain pun aku rindu jugak, macam penghuni bilik 01-13, penghuni rumah 11-05 apartment larkin perdana & lain-lain.. dalam masa yg sama sekarang, kenangan dengan dia tiba-tiba muncul dalam pikiran, rasa sedih bercampur baur.. huhh~ -.-" kenapa la jadi macam nih? hurmm.. jangan mengeluh wahai SITI NURAISHAH BINTI AHMAD! mungkin ada yg lebih baik dah ditakdirkan Allah utk aku.. 'kalau ada jodoh tak kemana'.. itu la yg dia katakn pada aku.. tutup la cite pasal nih, life must going on right? kalau ada rezeki & jodoh dengan dia lagi, InsyaAllah hubungan itu akan dijaga sebaik-baiknya.. tiba-tiba perasaan berharap tu menggunung la pulak, huhu..
nih picture mereka-mereka dan saya di part 1 (muke amateur lagi nih)
kembali ke life degree, aku rasa betul-betul tough sebab aku tak bole nak study macam time diploma dulu.. everything kena catch up according to lesson plan.. part 4 aku betul-betul huru hara dgn assigment berlambak, subject FAR400 yg agak killer tu, test, quiz, video assignment, haihh~ -.-" tak sempat nak ada feeling sedih walaupun aku hadapi benda yg sukar utk aku tempuhi.. kehilangan dia masa tu tak buat aku rasa sedih sgt sebab memikirkan assignment yg sgt banyak.. ada la sikit sedih tu tapi tak sempat nak feeling & rasa sgt atas sebab-sebab sibuknya buat assignment.. tapi sekarang bila di part 5, sibuk assignment dah tak seteruk part 4.. aku bole relax and enjoy.. tapi dalam masa yg sama, perasaan sedih yg menggunung datang dalam hati ini.. :'( utk mengelakkan diri ini hanyut dengan perasaan sebegitu, aku mula menjadi liar, maksud aku, aku enjoy jek dgn apa yg aku buat, tanpa memikirkan perkara-perkara lalu.. memang tak di nafikan hati ini meronta-ronta, tapi aku biarkan sahaja agar nanti dia bole jadi lagi kuat utk menghadapi sebarang dugaan.. even assignment tak banyak, perasaan malas tu datang pulak.. kenapa la kau datang time aku betul-betul nak score utk final nanti? ini la di namakan dugaan.. bisikan syaitan yg tak penah jemu utk melalaikan hamba-hamba Allah di muka bumi ini.. salah satu cara aku buat, aku dgr alunan zikir di hp & secara tak langsung, mulut ini turut mangalunkan kata-kata suci Allah.. sesungguhnya Allah itu Maha Kuasa.. Dia berkuasa utk menjadikan apa sahaja perasaan terhadap hamba-hambaNya..
aku berdoa agar aku dapat belajar dgn hati yg terbuka, kuat daya ingatan, mudah menerima ilmu serta dapat mengaplikasikan dalam kehidupan seharianku ini.. kadang-kadang, aku terpikir betapa besarnya kuasa Allah .. Subhanallah, masih banyak ilmu yg aku masih tidak pelajari.. alangkah bertuahnya aku andai diri ini dapat menjadi seperti anak Nabi Muhammad S.A.W, Siti Fatimah, MasyaAllah.. jumpa lagi kalian di entry yg lain.. semoga panjang umur & sihat sentiasa. Amin. :))
No comments:
Post a Comment